Mahu tidak mahu, isu pelajar sama ada peringkat sekolah rendah, menengah dan apatah lagi isu pelajar universiti sememangnya patut diambil berat dan diulas dengan betul. Seperti yang diketahui, penggunaan laptop semakin hari semakin meluas dinegara kita. Perkembangan pesat dunia tanpa sempadan ini telah bukan sahaja dapat dilihat dari aspek penggunaan internet atau komputer, malahan termasuk juga penggunaan telefon bimbit seperti SMS yang semakin digemari dan mendapat tempat di jiwa rakyat Malaysia.
Pada pendapat kamu, adakah penggunaan laptop adalah sesuai untuk para pelajar yang berada di tahap sekolah menengah? Adakah penggunaan laptop bagi para pelajar ini benar-benar membantu dan dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar? saya begitu tertarik dengan perbualan pelajar MRSM apabila mereka menyatakan ada diantara mereka yang membawa laptop di kolej kediaman dan mampu mengakses internet sama ada melalui broadband ataupun wireless MRSM. Walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak MRSM dan melanggar peraturan, namun masih ada pelajar yang membawanya ke kolej. Begitu teruja dengan perbualan mereka, saya mula mencuba untuk mendapatkan info yang lebih lanjut. Dalam perbualan dengan mereka, mereka memang suka belajar menggunakan internet kerana mudah untuk mencari maklumat dan belajar menggunakan laptop ini lebih menyeronokkan kerana sudah menjadi sebahagian dalam hidup mereka untuk menggunakan laptop.
Selain itu, mereka juga ada menceritakan yang mereka juga menggunakan laptop semasa kelas prep dan mendapat akses internet melalui wifi MRSM.
Namun begitu, aried cuba menanyakan satu soalan cepu emas. Kamu ada Facebook?? Dengan pantas dan gembira mereka menjawab YA! dan terus memberikan nama mereka dalam Facebook dan meminta aried untuk ADD FRIENDS. Dari sini, aried cuba untuk menanya lebih dalam lagi. Saya mula menanyakan berapa kerap mereka membuka Facebook, siapa kenalan mereka dan banyak lagi. Dari situ, saya mendapat tahu yang mereka amat menyukai FB dan sangat aktif dalam FB!
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan banyak kajian yang telah dijalankan oleh profesor diseluruh dunia yang menyatakan result pelajar merudum apabila mereka aktif dalam FB! Hal ini kerana FB ini sangat melekakan dan menyeronokkan untuk para remaja!. Walaupun kajian ini berfokus kepada para pelajar diuniversiti, namun sebagai guru, perkara ini perlu diambil serius agar para pelajar tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang terlalu mudah diperolehi dari internet dewasa ini. Sebelum nasi menjadi bubur, pihak bertanggung jawab mestilah menjalankan siasatan dan mengelakkan perkara buruk dari berlaku.