Singgah.singgahlah yer

Sunday 13 March 2011

Gambar-Gambar Inovasi

1)

Mengangkat makanan lembu fidlot merupakan satu masalah yang berlaku di mana-mana ladang. Kenderaan berikut amat signifikan kerana mampu memuatkan 10 guni rumput napier yang siap dimesin. Oleh yang demikian ianya telah memudahkan kerja dan menjimatkan masa para penternak.


Kepada sesiapa yang gemar mengambil makanan semasa melakukan kerja-kerja dengan komputer anda alat ini adalah bagus kerana anda dapat menikmati makanan tersebut tanpa perlu berasa risau akan tempat yang igin diletakkan. Ianya amat menjimatkan ruang dan memberi keselesaan kepada pengguna.


Memotong bawang adalah kerja yang melecehkan dan kadang-kadang jari boleh terluka.Alat ini tercipta dalam membantu suri rumah melakukan kerja-kerja di dapur di samping tidak akan mengotorkan jari sewaktu memotong bawang.


Penyediaan kopi akan lebih mudah jika kita tidak perlu bersusah payah untuk memegang teko air tersebut.Alat ini dapat membantu dan kita tidak perlu bersusah payah mengangkatnya dengan tangan. Cuma menolakknya sedikit agar ia dapat masuk ke dalam cawan yang disediakan.


oga merupakan alat inovasi terbaru dari korea yang dapat membantu melatih gerakan YOGA yang sanagt dominan untuk kesihatan dan kesegaran tubuh dengan bentuk yang sangat elegan untuk relaksasi dan pembentukan. Alat ini berfungsi untuk memperbaiki punggung bagian belakang, otot perut, posisi keseimbangan tubuh agar lebih tegap / mantap dan dapat membantu meninggikan badan. Alat ini sesuai digunakan oleh berbagai usia baik muda maupun tua. Alat ini sangat digemari oleh para pemakainya / penggunanya.


Botol spray ini boleh membunuh bakteria yang ada dalam air sehingga 99.99 peratus.Anda dikendaki memasukkan alat ini ke dalam air yang hendak digunakan sehingga berlakunya proses ionisasi.Anda tidak perlu risau lagi untuk meminum air tersebut kerana ia diyakini.



Mesin ini berupaya menyediakan 1,500 cucuk satay dalam sejam berbanding kaedah manual iaitu 1,000 cucuk dalam tempoh lapan jam.Ianya dapat mengurangkan kos buruh, proses mencucuk satay yang berterusan dan terjamin daripada segi kebersihan dalam pengendalian daging satay.


Colour Picker Pen ini dapat mengesan warna di sekeliling kita.Anda hanya perlu mendekatkan pen ini kepada benda yang ingin discan dan anda akan mendapatkan jawapannya.RGB cartridge akan berfungsi, sehingga warna yang kita mahu akan muncul di display pada pen tersebut.



Otak manusia yang terkandung di dalamnya berbillion neoron itu adalah satu ciptaan yang sangat ajaib. Otak manusia, bukan seumpama bekas pada dunia dimensi ketiga; makin diisi makin penuh, tapi ia adalah ciptaan yang sangat luar biasa; makin diisi makin bertambah ruangnya! Otak dicipta sebegitu rupa, dengan dua hemisfera kanan dan kiri dengan peranan yang berbeza. Ia terletak di atas, tidak di tengah atau di bawah menunjukkan betapa pentingnya otak untuk dieksploitasi. Penciptaan alat ini adalah sangat wajar dan banyak mengajar manusia untuk berfikir.


Moto GP Helmet Sound System, helmet ini mempunyai sepasang spiker berkekuatan 7 Watt. Helmet ini boleh menampung iPod atau iPhone di belakang kacanya. Terdapat port USB dan slot kad memori SD. Dengan rekaan yang menarik ini ianya akan menjadi kegilaan ramai pembonceng motosikal.

No comments:

Post a Comment