Singgah.singgahlah yer

Sunday 17 July 2011

Sahabat Umpama tangan Dan juga Mata

masih adakah sahabat sejati di dunia ini??Barangkali ada yang menjawab YA dan ada juga yang mengatakan TIDAK.Kebanyakan orang berkata kawan memang ramai tetapi sahabat belum tentu.Sebab antara kawan dan sahabat ada perbezaan.

Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja.sahabat lebih akrab hubungannnya.susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.

Apa pula kaitan tangan dan mata dengan persahabatan.jawapannnya adalah persahabatan itu seperti tangan dan mata.Ketika tangan terluka,mata menangis dan saat mata menangis tangan menghapuskan air mata.Alangkah manisnya ungkapan ini! Terasa benarnya.

Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama mahu menempuh saat suka dan duka.tidak hairan ada orang yang menjalin persahabatan bertahun tahun lama diikat pula dengan hubungan sesama keluarga yang erat.Sahabat begini sesungguhnya susah ditemui tetapi ada di dunia ini.Cuma masa dan keadaan yang menemukan kita dengan sahabat sejati.

Namun persahabatan itu tidak terjalin atas landasan lurus.Sepanjang perjalanan membina hubungan persahabatan ,tidak sedikit dugaan dan ujian datang melanda.Sebab itu persahabatan tidak kekal lama.Akhirnya tinggallah kita sendiri tanpa sahabat.Dunia menjadi sepi dan sunyi,hilang sahabat umpama hilang separuh diri.

No comments:

Post a Comment