Singgah.singgahlah yer

Tuesday 15 March 2011

Isu-isu dalam teknologi dan Inovasi: Penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran



Mahu tidak mahu, isu pelajar sama ada peringkat sekolah rendah, menengah dan apatah lagi isu pelajar universiti sememangnya patut diambil berat dan diulas dengan betul. Seperti yang diketahui, penggunaan laptop semakin hari semakin meluas dinegara kita. Perkembangan pesat dunia tanpa sempadan ini telah bukan sahaja dapat dilihat dari aspek penggunaan internet atau komputer, malahan termasuk juga penggunaan telefon bimbit seperti SMS yang semakin digemari dan mendapat tempat di jiwa rakyat Malaysia.

Pada pendapat kamu, adakah penggunaan laptop adalah sesuai untuk para pelajar yang berada di tahap sekolah menengah? Adakah penggunaan laptop bagi para pelajar ini benar-benar membantu dan dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar? saya begitu tertarik dengan perbualan pelajar MRSM apabila mereka menyatakan ada diantara mereka yang membawa laptop di kolej kediaman dan mampu mengakses internet sama ada melalui broadband ataupun wireless MRSM. Walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak MRSM dan melanggar peraturan, namun masih ada pelajar yang membawanya ke kolej. Begitu teruja dengan perbualan mereka, saya mula mencuba untuk mendapatkan info yang lebih lanjut. Dalam perbualan dengan mereka, mereka memang suka belajar menggunakan internet kerana mudah untuk mencari maklumat dan belajar menggunakan laptop ini lebih menyeronokkan kerana sudah menjadi sebahagian dalam hidup mereka untuk menggunakan laptop. 

Selain itu, mereka juga ada menceritakan yang mereka juga menggunakan laptop semasa kelas prep dan mendapat akses internet melalui wifi MRSM.
Namun begitu, aried cuba menanyakan satu soalan cepu emas. Kamu ada Facebook?? Dengan pantas dan gembira mereka menjawab YA! dan terus memberikan nama mereka dalam Facebook dan meminta aried untuk ADD FRIENDS. Dari sini, aried cuba untuk menanya lebih dalam lagi. Saya mula menanyakan berapa kerap mereka membuka Facebook, siapa kenalan mereka dan banyak lagi. Dari situ, saya mendapat tahu yang mereka amat menyukai FB dan sangat aktif dalam FB!

Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan banyak kajian yang telah dijalankan oleh profesor diseluruh dunia yang menyatakan result pelajar merudum apabila mereka aktif dalam FB! Hal ini kerana FB ini sangat melekakan dan menyeronokkan untuk para remaja!. Walaupun kajian ini berfokus kepada para pelajar diuniversiti, namun sebagai guru, perkara ini perlu diambil serius agar para pelajar tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang terlalu mudah diperolehi dari internet dewasa ini. Sebelum nasi menjadi bubur, pihak bertanggung jawab mestilah menjalankan siasatan dan mengelakkan perkara buruk dari berlaku.

Kemudahan ini sepatutnya digunakan dengan sebaiknya oleh para pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan bukannya untuk membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Semoga pesanan ini diambil berat dan mendapat sokongan dari mereka berwajib.

26 comments:

  1. Isu-isu penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya bukan satu isu yang baru.Saya sememangnya bersetuju bahawa penggunaan laptop banyak membantu pelajar dalam pembelajaran terutama bagi topik matematik dan sains.

    Namun demikian,dalam setiap pekara yang positif pasti ada negatifnya. Bagi sesetengah pendapat menyatakan bahawa penggunaan laptop dalam kalangan pelajar mempunyai kemungkinan result seseorang itu merudum. Hal ini demikian, pelajar lagha dengan pekara lain dengan menyalahgunkan laptop bagi menlayari internet seperti berchatting dan berfacebook.

    Namun demikian, pekara ini sebenarnya bergantung kepada diri peljar itu sendiri untuk menggunakan kaedah teknologi canggih ini pada jalan yang lebih berfaedah dan memberi manfaat kepada diri mereka sendiri.

    CHE NOOR FARAH BAHIAH BINTI CHE YUSOF
    A128412
    TAHUN 2 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    SELASA 8-10 MLM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  2. Penggunaan laptop sememangnya penting bagi para pelajar Universiti kerana mereka dapat mengakses maklumat serta nota-nota kuliah dengan mudah melalui penggunaan internet.Namun begitu,hal demikian dikhuatiri menimbulkan masalah kerana mereka akan melayari laman sosial facebook yang akan melalaikan mereka dalam pembelajaran.Keadaan ini adalah sama dengan pelajar MRSM.Para pelajar perlu pandai membahagikan waktu untuk belajar dan waktu untuk bermain facebook supaya ianya tidak memberi kesan pada keputusan peperiksaan.

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    FSSK(PEMBANGUNAN MANUSIA)
    TAHUN 2 SEM 2

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kini laptop adalah teknologi yang tidak asing lagi kepada masyarakat pada hari ini. Penggunaan laptop mempunyai positif dan negatifnya. Dari sudut positifnya, pelajar dapat mengakses pelbagai maklumat sebagai sumber rujukan tambahan mereka selain ianya digunakan untuk berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan. Selain itu juga, pelajar dapat mengetahui isu semasa di dalam negara dan luar negara. Tanpa laptop pelajar sukar untuk mengakses internet bagi mendapatkan informasi terkini.

    Namun demikian, penggunaan laptop ini juga akan mendatangkan kemudaratan kepada pelajar dan pengguna lain. Pelajar mudah mendapat pelbagai penyakit seperti sakit tulang belakang, mata, pergelangan tangan dan sebagainya.

    FATIN FARHANA ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2 [PEMBANGUNAN MANUSIA]
    2010/2011

    ReplyDelete
  5. salam..Cik Radia

    Tentang penggunaan laptop dalam kalangan pelajar sekolah adalah tidak sesuai kerana kemudahan wifi atau wireless telah disediakan oleh pihak sekolah adalah untuk kegunaan guru dalam P&P. Sama juga dengan penggunaan handphone, pelajar sekolah tidak dibenarkan untuk membawanya sewaktu berada di dalam sekolah walaupun ianya sebagai keperluan tetapi perlu juga dihadkan kepada pelajar agar ianya tidak disalahguna. adalah salah disisi peraturan sekolah jika pelajar membawa barang yang dilarang semasa di sekolah. Mungkin dengan adnya laptop, pelajar akan mudan untuk mengakses maklumat dalam pelajaran.

    Namun, kebanyakan pelajar yang mempunyai laptop sendiri menjadi lalai dengan aktiviti chatting, atau berfacebook sehingga penggunaannya melebihi had masa yang ditetapkan.

    Seeloknya ibu bapa harus sedar, bahawa penggunaan makmal komputer yang suda disediakan oleh pihak sekolah sudah memadai bagi pelajar sekolah bagi membantu mereka ketika P&P berlangsung. jadi, bagi saya, penggunaan laptop bagi pelajar tidaklah sesuai bagi pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah berasrama.

    sekian..

    NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
    A129848
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SEM 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  6. salam..
    Penggunaan laptop tidak ada salahnya.. yang salah adalah penggunanya sendiri.Tujuan sebenar penggunaan laptop boleh menjadi yang positif atau negatif, bergantung pada kehendak diri. Kawalan diri terhadap penyalahgunaan laptop perlu ditingkatkan. Semua itu bergantung kepada kesedaran diri seseorang.

    Saya bersetuju bahawa penggunaan laman sosial oleh pelajar telah menyebabkan keputusan akademik mereka merudum. Keadaan ini dibimbangi akan menjadi semakin kritikal dalam era teknologi kini. Penggunaan IT hanya dihujung jari melalui pelbagai medium seperti laptop atau handset. Kawalan ibu bapa terhahap penglibatan anak-anak ke dalam laman sosial perlu ditingkatkan untuk menjamin masa depan mereka.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A 128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK.
    SEMESTER2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  7. Pada hari ini bidang teknologi dalam pendidikan di Malaysia semakin berkembang dengan begitu pesat. Ia selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyatnya supaya celik IT supaya pemikiran masyarakatnya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dunia teknologi. Berkaitan dari aspek pendidikan,penggunaan laptop dikalangan pelajar amatlah digalakkan khususnya bagi graduan-graduan kerana laptop merupakan medium penting dalam proses pemelajaran mereka. Ini kerana,laptop sesuai dengan keadaan pelajar kerana ianya mempunyai pelbagai fungsi seperti untuk membuat tugasan yang diberikan pensyarah seperti tesis.Ia juga mudah dibawa kemana sahaja. Walaupun ada juga pelajar yang tidak mampu membeli laptop, namun pelajar itu sendiri perlu mencari harga laptop yang berpatutan sesuai dengan perbelanjaan kewangan masing-masing. Oleh itu,saya mengharapkan supaya setiap individu mengambil serius tentang kepentingan penggunaan laptop. Ia seterusnya dapat melahirkan generasi yang berfikiran intelek dan mampu berdaya saing dengan kemajuan teknologi yang lain di masa akan datang.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
    (PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA)
    TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    ReplyDelete
  8. Salam Yaya,

    Isu laptop dalam kehidupan pelajar semakin mula diberi perhatian. Banyaknya gejala sosial yang berlaku hari ini juga, laptop yang dipersalahkan.

    Pada pendapat saya, laptop tidak salah. Yang salahnya adalah pelajar itu sendiri. Laptop memudahkan urusan pelajar untuk menaip tugasan, mencari maklumat di internet, dan menambah kenalan di laman siber. Saya sendiri mula mencari 'pen-pal' dari luar negara ketika berusia 16 tahun, dan masih berhubungan dengan mereka hingga ke saat ini. Percayalah, laptop ini banyak faedahnya, jangan kerana kita salah guna, laptop yang dipersalahkan.

    Mengenai isu laptop di sekolah, saya masih berpendapt laptop tidak perlu di bawa ke sekolah. Apa gunanya makmal komputer jika semua pelajar sudah ada laptop?

    Mungkin bagi mengatasi masalah ini pihak sekolah perlu beri kelonggaran kepada pelajar untuk menggunakan makmal komputer. Mungkin juga nama 'Makmal Komputer' di sekolah perlu ditukar kepada 'School Cyber Cafe', barulah pelajar berani untuk menggunakan kemudahan tersebut.

    Sekadar pandangan..

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    FSSK/2
    Semester 2, Sesi 2010/2011

    ReplyDelete
  9. penggunaan laptop tidak menjadi masalah, sebaliknya banyak membantu pelajar zaman sekarang yang lebih sukakan sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan mereka bukan gemar hanya melihat tulisan cikgu di white board. Sekiranya kita tanamkan etika dalam pembelajaran e-learnung ini, nescaya penyalahgunaan laptop tidak akan berlaku...

    Faridah Hanis Bt Hood
    A130471
    FSSK/2
    SEMESTER 2, 2010/2011

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.

    Idea mengenai penggunaan laptop atau komputer riba bagi pelajar sekolah menengah bukanlah suatu kesalahan. Ia adalah alat bantu pembelajaran bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat di dalam kelas. Apabila waktu rehat, pelajar juga tidak membuang masa berpelesaran kerana mereka akan menyibukkan diri dengan melayari internet.

    Namun, risiko penanggungan akibat kecurian, kerosakan dan ugutan juga adalah tinggi. Bukan untuk merendahkan kredibiliti keselamatan di sekolah, namun hakikatnya masalah disiplin di sekolah tidak pernah selesai sehingga kini.

    Tambahan, sekolah ada menyediakan makmal komputer yang boleh diakses secara percuma. Pelajar boleh menggunakannya secara berkumpulan untuk mendapatkan maklumat.

    Bagi pelajar ingin membawa komputer riba ke asrama mungkin ia boleh dipertimbangkan. Seperti di IPT, penuntut universiti boleh mengakses maklumat dan mambuat tugasan di waktu terluang. Begitu juga dengan pelajar sekolah asrama yang lapang di waktu petang, mereka boleh menggunakan komputer riba sebagai modul perbincangan.

    Walaupun begitu, pemantauan perlu terpaksa diperketatkan agar tidak timbul isu penyalahgunaan. Bagi usia remaja seperti mereka, minat terhadap laman sosial seperti facebook/chatting/laman lucah adalah tinggi.

    Jadi, semua pihak berlulah bersedia dan bertanggungjawab apabila pada masa akan datang idea ini terlaksana juga.

    Sekian, wasalam.

    NURUL HIDAYAH BT ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2/SEM 2 (SESI 2010/2011)
    Tutorial: 8-10pm

    ReplyDelete
  11. salam yaya..
    penggunana laptop dalam pembelajaran sangat diperlukan dengan dunia moden ini. tetapi penggunaannya perlulah membawa kepada kebaikan supaya tindakan yang kita dapati akan memberikan kesan yang baik.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  12. salam....

    memanag tidak dapat dinafikan penggunaan komputer dalam pembelajaran penting. seperti mana yang kita tahu di terenggganu pelajar tahun lima telah didedahkan menggunaankan notebook. mereka hanya membawa notebook ke sekolah tidak perlu membawa buku teks untuk belajar. hal ini amat memudahkan pelajar dan juga guru. namun terdapat juga keburukannnya apabila pelajar mula meletakkan pelbagai games dalam notebook mereka. untuk mengatasi masalah ini para guru dan juga ibubapa haruslah mengawasi anak-anak mereka supaya tidak disalahgunakan kemudahan yang diberikan.

    NUR SYAIRAH MOHAMAD
    A128536
    FSSK/2

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Saya sangat bersetuju dengan ulasan yang diberikan oleh saudari ini. Ini kerana bagi seorang pelajar, mempunyai komputer riba (laptop) atau sekurang-kurangnya komputer PC adalah penting kerana ia sangat membantu dalam pembelajaran. Ia memudahkan lagi pelajar untuk membuat tugasan atau assignment yang diberikan pensyarah, menyimpan segala data-data penting atau maklumat tentang tugasan, dan yang paling penting adalah dengan mendapatkan maklumat tanpa sempadan menggunakan sambungan Internet.

    Tambahan lagi, mempunyai laptop memudahkan pelajar untuk membawa ia kemana-mana dimana adalah satu kelebihan berbanding dengan komputer PC. Mereka boleh melakukan tugasan mereka tidak kira dimana berada jika mempunyai masa terluang.

    Selain itu, pada masa kini juga laptop juga adalah sesuatu alat teknologi yang boleh dimiliki oleh setiap pelajar. Ini kerana, makin hari harga laptop di pasaran semakin berpatutan dan murah. Jika pelajar masih tidak mampu untuk memilikinya, mereka juga boleh membayar ansuran setiap bulan atau semester.

    NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
    A130905
    PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
    Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum,
    Pada pendapat saya, penggunaan laptop adalah kurang sesuai untuk para pelajar yang berada di tahap sekolah menengah. Saya percaya ramai ibu bapa tidak menentang penggunaan komputer riba di sekolah sama ada untuk tujuan pengurusan mahupun pengajaran dan pembelajaran. Ia sesuai dengan kata-kata Saidina Umar supaya kita mengajar anak-anak kita sesuai dengan zaman mereka. Tapi saya kurang bersetuju bahawa penggunaan komputer riba boleh membantu melonjakkan pencapaian pelajar. Maksud saya, tidak semestinya pelajar yang tidak pernah mendapat Gred A sebelum ini, tetapi dengan penggunaan komputer riba, boleh mendapat Gred A bagi semua subjek atau jika tidak pun, banyaklah subjek yang mendapat Gred A. Tambahan pula, bagi pendapat saya penggunaan laptop bagi para pelajar ini belum benar-benar membantu dan dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar. Ini kerana, saya rasa soal lonjakan pendidikan, tidak ada kaitan dengan penggunaan komputer riba ataupun tidak. Yang pentingnya bagaimana para ibu bapa mendorong anak-anak mereka untuk tekun belajar. Adakah ibu bapa sendiri jelas tujuan mereka menghantar anak-anak ke sekolah? Dan adakah mereka juga memastikan anak-anak mereka jelas tujuan itu? Adakah sekolah dan guru-guru menjadi faktor yang berjaya menarik pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari dan pendorong untuk pelajar tekun belajar? Kesemua persoalan tersebut perlu dipandang serius supaya tujuan sebenar dalam agenda pengajaran & pembelajaran terlaksana.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  15. Penggunaan laptop dalam kalangan pelajar memang adalah suatu perkara yang biasa. Malahan, jika ditanya pada mereka siapa yang tidak memiliki laptop, pasti tiada yang mengaku kerana malu dan dianggap kuno. Mungkin kerana zaman telah berubah. Tidak kira dimana sahaja kita berada pasti akan ada pelajar yang membawa laptop terutama di tempat-tempat awam yang mempunyai kemudahan wireless. Namun begitu, berkaitan dengan isu penggunaan laptop dalam pembelajaran dan pengajaran, banyak perkara perlu diambil berat untuk memastikan objektif tercapai.

    Roziana Binti Ab Rasit
    A123927
    FST/3
    Tutorial:Selasa,8 p.m

    ReplyDelete
  16. Sekarang kerajaan siap beri laptop percuma atau subsidi untuk pembelian laptop unuk tujuan seperti pembelajaran. Lagi-lagi broadband boleh dapat di mana-mana sahaja dan sekarang sudah ada teknologi 4G yang sangat pantas. Untuk FB itu pula kalau FB digunakan dengan betul, ianya tidak menjadi satu masalah. Sekarang ini, FB sudah menjadi satu ketagihan.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  17. salam yaya..

    Penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Buktinya, lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah dengan menggunakan laptop.

    Penggunaan laptop dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

    Namun demikian, perkara ini terletak pada diri pelajar itu sendiri sama ada menggunakan kemudahan tersebut untuk kebaikan atau sebaliknya.

    NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    A127162
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SEM 2, SESI 2010/2011
    MAKAL 3, SELASA, 8-10PM

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Yaya,

    Daripada sudut pandangan saya, penggunaan laptop bagi pelajar sekolah menengah amat kurang sesuai. Dalam usia yang sedemikian penggunaan laptop kurang kegunaannya. Pelajar hanya perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dalam buku, menggunakan pen dan kertas. Penggunaan laptop ini diperlukan jika mereka juga perlu menyiapkan tugasan seperti para pelajar di IPT.

    Remaja dalam usia sedemikian masih mentah dan lebih memerlukan pengawasan ibu bapa. Dikuatiri dengan penggunaan laptop ini secara tidak sedar akan menyebabkan anak-anak remaja menjadi kurang kawalan. Penggunaan laptop ini juga secara tidak langsung akan wujud kebergantungan terhadapnya. Dimana para pelajar tidak dapat berfikir secara kritis hanya tahu 'copy' dan 'paste' sahaja dalam tugasan yang diberikan. Malah mereka juga akan menjadi ketagih dan malas untuk menyiapkan tugasan. Hal ini akan merencatkan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat minda kelas pertama.


    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  19. kini, komputer merupakan salah satu teknologi yang berkembang pesat. penggunaan komputer dalam kalangan pelajar dan guru untuk membantu sistem pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan di malaysia beberapa tahun yang lalu. hal ini berikutan dapat dilihat kepada kepentingan komputer kini dan juga masa akan datang. namun begitu, penggunaan komputer juga boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada pelajar terutamanya seperti pembaziran masa dan wang. oleh itu, tenaga pengajar perlulah mengawal dan memantau penggunaan komputer dalam kalangan pelajar.

    MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
    A128748
    MENTION/FSSK/2
    SEMESTER 2/2010/2011
    TUTORIAL SELASA/9 P.M

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Salam Cik Yaya..
    Bagi saya, penggunaan laptop amat sesuai diaplikasi dalam bidang pendidikan masa kini selari dengan arus perkembangan teknologi yang kian pesat. Namun tidak dinafikan akan kesan buruk yang boleh berlaku akibat penggunaannya dalam kalangan pelajar. Penggunaan internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global, di mana pelbagai maklumat boleh dicapai hanya dengan menekan keyboard. Ini banyak membantu pelajar dalam pembelajaran. Namun,tidak dinafikan juga akan penyalahgunaan kemudahan tersebut yang kini semakin meluas. Pelajar boleh mengakses pelbagai maklumat yang dimahukan termasuklah laman-laman yang tidak memberi manfaat. Ini sangat membahayakan kerana amat berpotensi dalam merosakkan minda serta akhlak, selain teramat leka dengan penggunaan laptop dan bukannya memanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran. Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah penyalahgunaan laptop di mana pengawalan harus dilakukan sama ada oleh tenaga pengajar itu sendiri, mahupun ibu bapa agar anak mereka terus terdidik nilainya.

    NOORHAFIZA HASNI AB MANAF (A127607)
    HUMAN DEVELOPMENT FSSK
    2010/2011 TAHUN 2/2

    ReplyDelete
  22. Penggunaan komputer riba bagi tujuan pembelajaran di tahap sekolah menengah adalah tidak digalakkan kerana ia akan melalaikan pelajar. Seperti yang telah saudari maklumkan di atas, Internet akan disalahgunakan untuk melayari laman web sosial seperti Facebook dan banyak masa pelajar akan dibazirkan begitu sahaja. Tambahan pula, saiz komputer riba yang kecil akan menyebabkan peningkatan kes curi di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah berasrama. Oleh yang demikian, penggunaan laptop di peringkat menengah adalah tidak digalakkan.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  23. Penggunaan laptop di peringkat sekolah harus diperluaskan bagi memberi peluang kepada para pelajar bergerak seiring dengan kemajuan dunia. Laptop boleh digunakan untuk menyambung ke internet yang memberi akses kepada maklumat-maklumat dari seluruh dunia.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  24. penggunaan laptop dalam sistem pembelajaran merupakan suatu pendekatan yang baru dalam sistem pendidikan di negara kita. walaubagaimanapun, situasi tersebut telah lama digunakan di barat.dibarat apa yang kita sedia maklum, para pelajar telah menggunakan laptop sebagai peralatan pembelajarn bagi mengantikan buku. hal demikian merupakan suatu yang baik jika diaplikasikannya di negara kita secara meluas. banyak faedah yang akan diperolehi. para pelajar akan lebih celik It jika pelaksanaan tersebut dibuat secara meluas dan peringkat.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum..

    Penggunaan komputer riba dalam kalangan pelajar pada hari ini masih diragui sejauh mana kepentingannya terutamanya bagi pelajar yang masih di bangku sekolah. Di peringkat universiti, tidak dinafikan setiap pelajar patut memiliki sebuah komputer riba bukan sahaja untuk menyelesaikan tugasan semata-mata bahkan bertujuan untuk membolehkan pelajar bersedia menghadapi zaman pekerjaan yang memerlukan pekerja bijak IT dan tahu menggunakan komputer. Berbanding pelajar di bangku sekolah pula, mereka masih terlalu muda untuk memiliki sebuah komputer riba. Kebanyakan aktiviti mereka banyak berpusat pada hiburan yang akan hanya membuatkan mereka leka. Sebaiknya, cukup sekadar pelajar sekolah didedahkan dengan penggunaan komputer di makmal sekolah agar mereka tidak ketinggalan dalam memahami dunia IT.

    SITI KHADIJAH OMAR
    A125169
    TAHUN 3 FST SEM 2 SESI 2010/2011
    MAKMAL 3 8-10 PM

    ReplyDelete
  26. Saya setuju dengan pendapat bahawa prestasi Pelajar merudum kerana Facebook. Sememangnya penggunaan laptop banyak disalagunakan oleh pelajar kerana mereka tidak memanfaatkan penggunaan laptop untuk pembelajaran mereka sebaliknya menggunakannya untuk mendownload game, anime bahkan melayari pula laman-laman web yang tidak sepatutnya. Mereka perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi ini namun,mereka tidak harus diberikannya lagi kerana ternyata mereka berupaya untuk memanfaatkan penggunaan alat ini lagi. Jesteru, cukuplah hanya pembelajaran di makmal sahaja dan pendedahan oleh guru.

    FARIDAH HANIS BT HOOD
    A130471
    FSSK SEM 2 2010/2011
    TUTORIAL SELASA 8 MALAM

    ReplyDelete